TANJUNG MALIM: Polis memandang serius peningkatan kes jenayah di sekolah yang kini menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap tahap keselamatan institusi pendidikan di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata rakyat berhak memberi perhatian terhadap isu tersebut kerana mereka menghantar anak ke sekolah bukan sahaja untuk mendapatkan pendidikan berkualiti, tetapi juga persekitaran yang selamat. “Apa jaminan sekolah menjadi tempat yang selamat? Bila sebut soal keselamatan, rakyat akan menoleh…