PETALING JAYA: Polis masih mengesan lelaki warga Indonesia dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum merempuh tembok konkrit di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki terbabit masih dikesan selepas bertindak melarikan diri sejurus kemalangan itu. “Kita masih mengesan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Media semalam melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang…