Polis ambil keterangan 35 individu kes murid tahun empat meninggal dunia

Polis ambil keterangan 35 individu kes murid tahun empat meninggal dunia

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 35 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes murid lelaki tahun empat yang meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di tandas sebuah sekolah di Senawang, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, individu berkenaan terdiri daripada murid, guru, kakitangan sekolah, doktor serta keluarga mangsa.

Menurutnya, pihak polis juga sedang mendapatkan beberapa laporan dan rekod daripada sekolah terbabit, forensik dan hospital.

“Dijangka dalam masa terdekat kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya. Siasatan lanjut masih dijalankan ketika ini mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan buli,” katanya ketika dhari ini.

Dalam pada itu, Alzafny turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan khabar angin antaranya mangsa merupakan mangsa buli.

“Hormati keluarga serta orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas sehingga mengganggu proses siasatan,” katanya.

Tambah beliau, tiada tangkapan dibuat terhadap mana-mana individu dan hanya memanggil saksi untuk diambil keterangan.

Sebelum ini, Alzafny berkata, hasil bedah siasat pada 2 Oktober lalu mendapati punca kematian kanak-kanak berusia 10 tahun itu adalah disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan telah memberikan bantuan psikologi awal kepada keluarga kanak-kanak
terbabit.

Pengarahnya, Muhammad Yusry Che Dah berkata, sesi lawatan telah diadakan pada Khamis lalu dan keluarga masih dalam keadaan terkejut serta bersedih.

Bagaimanapun menurutnya, JKM akan membuat lawatan susulan melalui pegawai psikologi bagi memastikan kesemua ahli keluarga dapat diberi bantuan khususnya daripada sudut emosi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN