TUMPAT: Pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini, sesak apabila rakyat Malaysia mengambil peluang untuk bercuti ke Thailand sempena cuti Deepavali. Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, kesesakan itu hanya di dalam ICQS Pengkalan Kubor kerana menunggu giliran untuk menaiki feri menyeberangi Sungai Golok dari Jeti Pengkalan Kubor ke Tak Bai, Thailand. Pelancong, Muhammad Yusri Ibrahim, 38, berkata, kenderaan mula berpusu-pusu masuk ke…