IPOH: Sebanyak 1.63 tan metrik daun ketum dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara selepas menahan seorang lelaki ketika pemeriksaan di Kilometer 267, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora, Selasa lalu. Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, dalam serbuan pada pukul 4 pagi itu, Cawangan Risik Briged Utara turut merampas 1,320 botol air ketum dan menyita sebuah lori dengan nilai keseluruhan berjumlah RM304,800. Katanya, tangkapan…