PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Petaling Jaya, Kepong dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan elektrik kira-kira pukul 4.20 petang tadi.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di platform Facebook berkata, pasukan teknikal sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan. – UTUSAN