PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi akan mempertimbangkan penggunaan sistem pengesahan identiti pengguna (eKYC) sebagai syarat menggunakan aplikasi sosial atau temu jodoh, OMi. Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk meneliti perkara itu. Beliau berkata, MCMC juga akan memanggil pihak syarikat yang mengusahakan aplikasi tersebut untuk mendapatkan penjelasan. “Kita juga akan pertimbangkan untuk menggunakan eKYC yang menggunakan dokumen yang diterbitkan oleh pihak kerajaan seperti MyKad, pasport…










