Perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis dipinda akibat alur cetek

Perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis dipinda akibat alur pelayaran cetek

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Jadual pelayaran feri dari Terminal Feri Penumpang Kuah, di sini ke Jeti Kuala Perlis dan sebaliknya dipinda bermula hujung minggu ini berikutan alur pelayaran di Kuala Perlis yang kembali cetek.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Norhafiz Abdul Wahid berkata, sebanyak 34 perjalanan kedua-dua hala terpaksa dipinda melibatkan tarikh 17 hingga 28 Oktober ini yang turut melibatkan cuti umum perayaan Deepavali.

“Sebanyak lima perjalanan dari Langkawi dilewatkan dan 13 perjalanan pula diawalkan pada tarikh tersebut. Sementara itu, sebanyak lapan perjalanan diawalkan dan lapan perjalanan dilewatkan dari Kuala Perlis,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, alur pelayaran yang cetek tersebut menyebabkan pihak operator feri mengambil keputusan untuk hanya membenarkan perjalanan feri apabila kedalaman air laut berketinggian 1.2 meter (m) berbanding 1.0 m sebelum ini.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan keselamatan penumpang dan anak kapal, kami akan membuat hebahan kepada penumpang yang telah membeli tiket mengenai pindaan waktu tersebut.

“Bagaimanapun, penumpang yang ingin membuat penukaran tiket diminta berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan Cuti-Cuti Langkawi bagi pembeli tiket dalam talian atau terus ke kaunter bagi yang membeli tiket secara fizikal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN