KUALA LUMPUR: Sekretariat Sekolah Selamat menyerahkan memorandum kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi menuntut 11 reformasi utama dalam sistem pendidikan negara. Antara 11 tuntutan utama termasuk penggubalan Akta Anti-Buli Kebangsaan, undang-undang khusus bagi menangani gangguan seksual di sekolah, penambahan kaunselor dan pekerja sosial, serta pelaksanaan pendidikan seksual dan kesejahteraan mental dalam kurikulum kebangsaan. Selain itu, sekretariat turut menuntut pelaksanaan audit keselamatan fizikal tahunan di semua sekolah, penyediaan mekanisme laporan mesra…