Penstrukturan flotila: 23 rakyat Malaysia mara ke Gaza

Penstrukturan flotila: 23 rakyat Malaysia mara ke Gaza

SANI ARABY AL KAHERY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Enam sukarelawan Sumud Nusantara akan diterbangkan pulang dari Greece ke Malaysia untuk menyambung tugas di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), di sini.

Jumlah itu menyaksikan delegasi terkini ke Gaza adalah seramai 23 orang, manakala empat lagi berada di kapal pemerhati.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, jumlah itu membabitkan lima warga tempatan serta seorang warga Brunei yang dijangka tiba di tanah air pada malam esok.

Katanya, mereka yang diterbangkan pulang ialah Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Tuan Mohd. Asri Tuan Hussein, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan warga Brunei, Rezahmaisalamah Md Yusof.

Sani Araby berkata, terdapat dua lagi sukarelawan Malaysia akan dihantar ke Amman, Jordan untuk membantu kumpulan perundangan sekretariat membuat persediaan iaitu Hidayat Abdullah dan Nik Aziz Nik Mohammad.

“Ini adalah sebahagian proses penstrukturan peranan pada 28 September lalu, susulan empat kapal flotila yang mengalami kerosakan teruk dan tidak berupaya meneruskan pelayaran.

“Jumlah terkini delegasi Malaysia yang belayar ke Gaza adalah seramai 23 orang, manakala empat lagi di kapal pemerhati,” katanya pada sidang media SNCC di Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Central Warehouse, di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN