Penjawat awam kerja dari rumah sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Penjawat awam kerja dari rumah sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam bermula 23 hingga 28 Oktober sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, keputusan itu dibuat seiring komitmen Kerajaan Madani dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perkhidmatan awam.

Katanya, BDR bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. 

“Dasar ini, yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.1.2, bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja-kehidupan (work-life balance).

“Sehubungan itu, sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober tahun ini, Ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang tinggal dalam radius 25 kilometer dari pejabat.

“Mereka adalah penjawat awam yang terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan persidangan tersebut dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JPA, langkah berkenaan merupakan antara inisiatif Kerajaan Madani dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, selari dengan nilai-nilai teras Madani iaitu  kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. 

“Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya. 

“Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam peraturan berkuat kuasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN