KUALA LUMPUR: Seorang bekas pelakon dan model dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik gambar sijil perkahwinan palsu membabitkan dengan seorang kerabat diraja menerusi akaun TikTok miliknya, Februari lalu. Tertuduh, Persana Avril Solunda, 43, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suhaila Haron. Mengikut pertuduhan, Persana didakwa secara sedar menggunakan aplikasi TikTok melalui akaun ‘king.charles.ratu’ untuk memulakan penghantaran komunikasi palsu…

 
								 
											









