KUALA LUMPUR: Perbincangan bersama di antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan diadakan sekiranya perlu bagi menilai keperluan lanjut termasuk kemungkinan penutupan sementara sekolah susulan lonjakan kes influenza. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan berkaitan penutupan institusi pendidikan terletak di bawah KPM namun kementeriannya akan terus memberi panduan kesihatan awam serta pemantauan rapi terhadap situasi semasa. “Hal penutupan semua itu adalah KPM. Kami sentiasa memberikan…