PETALING JAYA: Kerajaan perlu menimbangkan pelaksanaan tarif elektrik khas pada kadar lebih rendah bagi pengguna kenderaan elektrik (EV), selain menambah bilangan pengecas awam di seluruh negara dalam Belanjawan 2026, menurut Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM). Presidennya, Datuk Dennis Chuah berkata, langkah itu penting bagi memastikan keadilan kepada semua pengguna kenderaan tidak mengira segmen. “Ini memandangkan pemilik kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kini mendapat manfaat subsidi petrol melalui pelaksanaan inisiatif Budi…