KUANTAN: Penggiat e-hailing dan p-hailing merayu kerajaan naikkan kelayakan petrol Program Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada 600 hingga 700 liter sebulan kerana jumlah 300 liter yang ditetapkan tidak mencukupi untuk menampung keperluan operasi harian mereka. Pengerusi Majlis Gig Malaysia (MyGig), Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, dalam mesyuarat agung pertama bersama lebih 60 wakil penggiat industri gig kelmarin, pemandu e-hailing dan p-hailing memaklumkan, 300 liter BUDI95 tidak selari dengan realiti…