Pengetua diarah ronda sekolah setiap pagi

Pengetua diarah ronda sekolah setiap pagi

MOHD AZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan pengetua sekolah melakukan rondaan di kawasan sekolah setiap pagi bagi mengenal pasti keadaan serta memberikan perhatian terhadap isu keselamatan murid.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, arahan berkenaan dikeluarkan pihaknya pada hari ini bagi memastikan Management by Working Around (MBWA) atau pengurusan melalui turun padang dilaksanakan.

“Sebab itu, pagi ini pun saya dah berikan arahan kepada semua peringkat di bawah untuk
berikan perhatian antaranya buat lah MBWA supaya pengetua mesti menilai pagi-pagi apa keadaan sekolah mereka.

“Mesti kena buat ‘learning walk’, pergi setiap kelas ke kelas apa yang berlaku dalam bilik darjah. Dengan MBWA dan ‘learning walk’ ini pengetua dapat menganalisis apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil segera,” katanya menerusi sidang akhbar khas di KPM di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun dalam tempoh yang singkat iaitu sebelum takwim persekolahan tamat, perkara itu perlu dilaksanakan bagi memastikan tiada isu pengabaian berlaku.

Malah, Mohd Azam berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada pengetua sekolah yang gagal untuk memastikan sekolah mereka berada dalam keadaan selamat khsusnya buat pelajar dan murid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN