PETALING JAYA: Pengecualian cukai yang diterima syarikat pengendali pelancongan mencerminkan komitmen kerajaan melonjakkan sektor pelancongan selain memberi galakan kepada penggiat sektor tersebut menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong berkata, insentif itu bakal dimanfaatkan sepenuhnya sekiranya pemain industri berjaya menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia tahun depan. “Sebenarnya, insentif sebegini bukanlah perkara baharu. Sebelum pandemik Covid-19, ia sudah pun dilaksanakan,…