Pengawal keselamatan tidak mengaku rogol kanak-kanak dalam surau

Pengawal keselamatan mengaku tadak bersalah rogol kanak-kanak dalam surau

ANGGOTA polis (kanan) mengiringi Mohd. Afizzafri Mohammed Residalan (kiri) keluar dari Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Bandar Chukaii mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan termasuk melakukan perbuatan keji itu di dalam sebuah surau di bandar ini, bulan lalu.

Mohd.  Afizzafri Mohammed Residalan, 30, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. 

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa  melakukan rogol terhadap kanak-kanak berusia sembilan tahun 10 bulan itu pada September lepas, kira-kira pukul 12 tengah malam hingga pukul 6 pagi di dalam sebuah surau.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan terkutuk yang sama terhadap mangsa, pada hari dan masa yang sama di dalam premis kedai permainan kanak-kanak di sebuah pasar raya berhampiran surau tersebut.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak itu pada hari dan masa yang sam  di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza di pekarangan pasar raya tersebut. Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan tertuduh mengikut kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(e) yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun serta sebatan.

Wan Suhaila kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah jaminan keseluruhan sebanyak RM24,000 dan menetapkan 5 November ini sebagai sebutan semula kes. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN