BALING: Inisiatif Bantuan Madani RON95 (BUDI95) di kawasan luar bandar dilihat berjalan lancar dengan majoriti rakyat berpuas hati setelah dapat menikmati harga minyak itu pada kadar subsidi seperti diumumkan kerajaan. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa stesen minyak di daerah ini mendapati orang ramai tidak menghadapi masalah besar ketika mengisi minyak menggunakan kemudahan tersebut. Seorang penduduk, Yusuf Ismail, 56, berkata, dia bersyukur dengan inisiatif kerajaan yang membantu mengurangkan kos sara hidup,…