PETALING JAYA: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kereta jenis BMW dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tun Razak di sini hari ini. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, M Jayamohan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada pukul 1.03 tengah hari. Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa kemudian dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera.…