KUALA LUMPUR: Seorang perempuan yang juga pelajar sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki pagi tadi.
Utusan Malaysia difahamkan, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 9.30 pagi selepas suspek dipercayai seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua membawa senjata tajam berupa pisau.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.
Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Butiran penuh dijangka akan diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.
Setakat ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi.-UTUSAN