PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dituduh membunuh pelajar perempuan di sebuah sekolah di Bandar Utama minggu lalu, menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Amira Sariaty Zainal selepas peguam Anwar Ezzad Zainal yang mewakili tertuduh memohon agar tahap kesihatan mental anak guamnya dinilai oleh pakar perubatan. Perkara itu disahkan oleh peguam,…