Pekerja Malaysia pegang lesen Singapura boleh mohon BUDI95

Pekerja Malaysia pegang lesen Singapura boleh mohon BUDI95

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang terpaksa melepaskan lesen memandu Malaysia boleh mendapat manfaat daripada inisiatif Program Budi Madani RON95 (BUDI95).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membangunkan laman web khas bagi membolehkan urusan pendaftaran tersebut.

“Warga tempatan terlibat boleh mendaftar menerusi laman web itu dan semua permohonan yang diterima akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk penelitian dan pertimbangan kelayakan selanjutnya.

“Semua permohonan yang diterima akan dikemukakan kepada MOF untuk penelitian dan pertimbangan kelayakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini, MOT menerima maklum balas dari rakyat tempatan yang bekerja di Singapura berkenaan pelaksanaan BUDI95, khususnya mereka yang terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti pemandu bas, pemandu perkhidmatan sokongan dan pekerja operasi.

Anthony Loke berkata, perkara-perkara yang akan dipertimbangkan bagi permohonan berkenaan adalah seperti pemohon merupakan warganegara Malaysia, Lesen Memandu Singapura (LMS) yang masih sah tempoh dan status permit pekerjaan di Singapura.

Jelasnya, bagi warganegara Malaysia yang mempunyai LMS tetapi tidak lagi bekerja di Singapura atau tidak lagi tertakluk kepada keperluan peraturan domestik Singapura untuk memegang LMS, mereka boleh memohon semula LMM dengan membatalkan LMS melalui prosedur sedia ada di Singapura.

“Permohonan mendapatkan semula LMM boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan setelah disahkan tiada sekatan, penggantungan atau sabitan dikenakan terhadap LMS tersebut oleh pihak berkuasa Singapura.

“Kita berharap langkah ini dapat membantu memudahkan urusan warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura agar turut mendapat pertimbangan sewajarnya dalam pelaksanaan program subsidi bahan api negara,” katanya.

Laman web permohonan subsidi BUDI95 bagi individu terlibat boleh diakses di www.BUDI95lesenSG.jpj.gov.my mulai esok (16 Oktober).

Pemohon boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui laman web rasmi BUDI95 di: www.budi95.gov.my selepas 14 hari daripada tarikh penghantaran permohonan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN