Peguam Kamal Adli tidak tahu Uqasha pertikai status perkahwinan

Peguam Kamal Adli tidak tahu Uqasha pertikai status perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam mewakili pelakon, Kamal Adli iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh tidak mengetahui hantaran yang dimuat naik Uqasha Senrose.

Susulan itu, Abdul Hadi tidak boleh memberi sebarang komen berkenaan status perkahwinan serta dakwaan yang dikongsikan plantif terhadap anak guamnya di Instagram.

“Saya tak semak lagi hantaran yang dimuat naik Uqasha. Saya tak dapat komen apa-apa sebab tak tahu lagi mengenainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, menurut Abdul Hadi, anak guamnya masih mahu menyelamatkan perkahwinann yang dibina bersama Uqasha Senrose sejak 2021.

“Setakat perbincangan kami, Kamal memang nak pertahankan perkahwinan.

“Saya yakin pihak Kamal ada usaha yang dilakukan, cuma tak pasti bagaimana ia berlaku kerana itu peribadi mereka.

“Apa yang saya tahu, dia memang ada usaha,” katanya.

Tambahnya, Kamal Adli berada dalam keadaan baik.

“Setakat hari ini, Kamal dalam keadaan okay. Kamal maklum mengenai perceraian ini dan selepas itu dia lantik saya sebagai peguam.

“Apa yang ditulis dalam permohonan cerai adalah ketidaksefahaman, dan ada masalah berpanjangan namun tak sebut sejak bila,” katanya.

Utusan Malaysia telah cuba mendapatkan respons daripada Kamal Adli sejak pagi tadi namun usaha gagal apabila pelakon itu tidak mengangkat panggilan telefon.

Terdahulu, peguam mewakili Uqasha Senrose, Nurfarhana Abd Manap mengesahkan anak guamnya sudah memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu kerana tiada persefahaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN