KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan bahagian risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM34,500, tiga bulan lalu. Lelaki berusia 53 tahun itu yang juga Ketua Cawangan Rancang dan Kempen Gerak Saraf Perang Saraf di Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi. Terdahulu, mahkamah mengarahkan agar identiti tertuduh tidak…

 
								 
											









