PUTRAJAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun bagi kesalahan merogol bekas pembantu rumahnya bermula hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah turut mengekalkan hukuman sebat dua kali yang dikenakan terhadap lelaki…