PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 3.73 mata kepada 1,611.46 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,615.19 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,617.29.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.65 bilion unit bernilai RM3.79 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 811 berbanding
390 dengan 503 kaunter tidak berubah dan 955 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura menurun 36.46 mata atau 0.83 peratus kepada 4,353.380 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun turun 1,241.48 mata atau 2.58 peratus kepada 46,847.32 dan indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 22.74 mata atau 0.63 peratus kepada 3,561.81. – UTUSAN