KUALA LUMPUR: Tiada berkompromi dalam usaha membanteras kewujudan kartel di pelbagai peringkat yang boleh menggugat kelancaran pentadbiran serta pembangunan ekonomi negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan dengan memperkukuh langkah kawal selia dan penguatkuasaan bagi memastikan ekosistem pasaran kekal adil, telus dan berdaya saing. “Langkah berterusan kerajaan adalah meningkatkan keberkesanan kawal selia bagi memperkukuh ekosistem persaingan, mencegah penyalahgunaan kedudukan dominan dalam…