KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan merujuk Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan tidak tepat berhubung penerimaan pelan damai Gaza oleh Hamas yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, dakwaan Timbalan Menteri Luar bahawa Hamas menerima sepenuhnya pelan damai tersebut adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan terhadap…










