KUALA LUMPUR: Pelaksanaan hukuman rotan di sekolah masih dibenarkan, namun hanya boleh dilaksanakan sebagai langkah terakhir selepas semua bentuk intervensi disiplin murid dijalankan bagi menangani gejala buli. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, perkara itu telah dijelaskan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid yang menegaskan hukuman rotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan dan perlu dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan sepenuhnya. “Hukuman rotan hendaklah dijadikan sebagai…