KUALA LUMPUR: Tindakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang didakwa menjalankan latihan komando di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 29 September lalu mencetuskan persoalan dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang. Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, tindakan sekumpulan individu dipercayai anggota APMM memasuki masjid tanpa kebenaran telah menimbulkan ketakutan dan keresahan dalam kalangan jemaah. Menurutnya, kumpulan berkenaan yang menaiki lima kenderaan didakwa masuk ke dalam masjid sambil memakai kasut termasuk…