SEREMBAN: Kementerian Pendidikan mengesahkan insiden seorang murid lelaki 10 berusia 10 tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah rendah di daerah ini hari ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagaimanapun berkata, pihaknya memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan. Ia bagi menjaga emosi keluarga, selain menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan penuh. Menurutnya, pihaknya akan memberikan perhatian penuh kepada proses psikososial dan…