KUALA TERENGGANU: Menyahut semangat perjuangan rakyat Palestin, seorang wanita dari Batu Buruk di sini mengambil inisiatif menzahirkan solidariti terhadap penderitaan penduduk Gaza melalui hasil seni mural yang dilukis pada pagar kediamannya. Che Suhana Che Ibrahim, 43, yang juga Pengarah Eksekutif Sabasun Hypermarket Sdn. Bhd. berkata, dia mengupah pelukis mural tempatan bagi menghasilkan karya seni bertemakan perjuangan rakyat Palestin sebagai simbol sokongan terhadap saudara seagama yang ditindas akibat serangan berterusan rejim…