Mungkin Allah sedang ajar saya erti sabar – Ziha Salleh

Mungkin Allah sedang ajar saya erti sabar – Ziha Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH sedekad bergelar penyanyi, langkah bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-11 ini tidak pernah terhenti.

Pernah berehat tiga tahun daripada sebarang aktiviti nyanyian, tahun ini Ziha Salleh tampil semula dengan lagu baharu berjudul Romansa.

11 tahun bukan tempoh sekejap, malah satu perjalanan yang cukup panjang. Namun Penyanyi berusia 30 tahun ini masih belum cukup dikenali.

Malah kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) menerusi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik bagi lagu Adat Kasih empat tahun lalu pun belum cukup memberi impak.

Pada usia sekarang, sisi pandang Nor Ziha Mohd Salleh mengenai hala tuju kerjaya nyanyiannya, berbeza. Katanya, dia tidak lagi mengejar perkara yang tidak ditentukan, lebih kepada berlapang dada, bersyukur dan jalani sahaja ketentuan Allah.

“Nyanyian adalah tempat saya, ini Allah yang tentukan. Kemenangan saya pada AIM23 juga rezeki yang telah ditentukan olehNya.

“Saya sedar, selepas muncul lagu Adat Kasih, nama saya tetap suam-suam kuku dalam industri seni tempatan. Saya akui tidak menerima pendedahan secukupnya.

“Apa pun saya melihat semua ini pada sudut positif. Mungkin Allah sedang ajar saya erti sabar. Saya percaya, bila Allah tentukan, makan menjadilah sesuatu untuk saya.

“Jadi pada tahap ini saya tidak mahu memaksa diri untuk mengejar sesuatu yang belum atau tidak ditentukan untuk saya. Apa yang saya miliki sekarang, kehidupan bersama suami dan anak-anak, memadai. Saya bahagia,” jelasnya.

Kata Ziha, nama dan populariti bukan perkara yang dikejarkan sekarang ini. Cukup sekadar menyanyi dan menghasilkan karya untuk dihadiahkan kepada diri sendiri dan peminat.

“Saya yakin Allah sudah aturkan perjalanan seni begini untuk saya. Sebab itu, saya hanya jalani sahaja.

“Sejujurnya saya tidak ada perancangan yang besar untuk karier nyanyian saya selepas ini. Lebih kepada follow the flow.

“Saya sudah berada dalam dunia seni ini hampir 11 tahun. Sudah tak ada apa untuk saya kejarkan. Kalau Allah tentukan saya rakam lagu baru, maka muncullah lagu baru dari saya,” ujarnya.

ROMANSA

Bercakap mengenai lagu baharunya ini, Ziha meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan genre City Pop menepati citarasa dan keinginan muzikalnya.

Malah, Ziha juga berkongsi rasa terujanya untuk tidak hanya memasarkan lagu ciptaan Allan Anderson itu di Malaysia, malah Indonesia.

“Saya memang meminati genre ini. Hati saya berbunga-bunga apabila akhirnya berpeluang rakamkan lagu jenis ini. Dan lebih menggembirakan lagi sekarang bertambah lagi lagu saya sendiri.

“Semua penyanyi idamkan lagu sendiri, cuma tingga berpeluang atau tidak dan mungkin, disebabkan kekangan masa.

“Begitu juga dengan saya. bila berpeluang, saya rakam lagu. Dan satu rezeki kerana dapat nyanyikan lagu genre ini. Genre lain kemudian nanti pun tidak mengapa,” kongsinya.

“Sebenarnya lama saya mencari genre lagu yang bertepatan dengan jiwa saya, lagu seperti Romansa inilah yang saya cari selama ini. Jadi selepas ini saya akan terus membawa genre city pop. Cuma akan ada beberapa genre lain yang akan saya selitkan di masa akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN