PETALING JAYA: “Saya tidak mengandung. Belum lagi.” emikian respons pelakon dan pengacara, Janna Nick yang menafikan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua selepas beberapa minggu membina kehidupan baharu di kota London.
Menurut Janna, perubahan bentuk badannya kelihatan ketara kerana dia menjalani proses untuk mendapatkan zuriat sebanyak dua kali sebelum berangkat ke ibu negara England itu.
“Kenapa muka saya sembab dan berat badan saya naik sebab sebelum datang ke London sayang menjalani proses untuk mendapatkan zuriat sebanyak dua kali dalam masa tiga bulan.
“Bayangkan berapa jarum dan suntikan hormon yang sudah saya terima dalam badan selama tiga bulan ini,” katanya menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Dalam masa sama, pelakon drama Pinjaman Syurga itu tidak lepas meminta jasa baik warganet untuk mendoakan agar dirinya dikurniakan zuriat.
“Doakan saya mengandung,” ringkasnya.
Tersentuh dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mendoakan agar isteri kepada pelakon, Dini Schatzmann itu dikurniakan zuriat secepat mungkin.
Pada September lalu, Janna dan Dini mengumumkan mereka mahu berpindah ke London untuk melanjutkan pengajian selain mahu memulakan kehidupan baharu di sana.
Janna juga berharap agar persekitaran baharu itu dapat membuka rezeki mereka untuk menimang zuriat selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Janna mendedahkan dia pernah menjalani rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun gagal.
Untuk rekod, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023. -UTUSAN