MPK sedia 56,488 tong sampah ke arah Perlis bersih

MPK sedia 56,488 tong sampah ke arah Perlis bersih

AFFENDI Rajini Kanth menyampaikan taklimat sebelum menyerahkan tong sampah kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena, Kangar, Perlis semalam. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil langkah proaktif menyediakan tong sampah di seluruh 389 kampung membabitkan 56,488 rumah di negeri ini sebagai sebahagian usa­ha merealisasikan sasaran Perlis Bersih menjelang tahun depan.

Inisiatif julung kali dilaksanakan pihak berkuasa tempatan itu bertujuan memudahkan penduduk melupuskan sisa domestik dengan lebih teratur selain mengelakkan tabiat membuang sampah di tepi jalan.

Setakat ini, sebanyak 108 kampung melibatkan 14,288 kediaman telah menerima tong sampah berkenaan, manakala baki akan diagihkan secara berperingkat sehingga pertengahan tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth berkata, langkah berkenaan merupakan pendekatan pertama seumpamanya di Malaysia melibatkan pelaksa­naan menyeluruh di peringkat kampung oleh pihak berkuasa tempatan.

“Melalui inisiatif ini, kita mahu memastikan kebersihan negeri sentiasa terpelihara di samping memberi kemudahan kepada penduduk untuk melupuskan sampah tanpa perlu ke lokasi jauh. Kita juga berhasrat menghapuskan tong-tong sampah di tepi jalan yang mencacatkan pemandangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, inisiatif itu bukan sahaja meningkatkan imej ne­geri tetapi turut memupuk ke­sedaran masyarakat terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan di kawasan masing-ma­sing.

Affendi berkata, usaha me­ngurangkan tong sampah di tepi jalan turut menyokong kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2026 bagi menonjolkan imej negeri yang bersih dan indah kepada pelancong.

“Hasil pemantauan MPK mendapati kebanyakan sampah di tepi jalan berpunca daripada peniaga. Justeru, kita menggalakkan mereka bergabung dan memohon tong sampah perniagaan daripada SWCorp bagi memastikan pengurusan sisa lebih sistematik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×