KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil langkah proaktif menyediakan tong sampah di seluruh 389 kampung membabitkan 56,488 rumah di negeri ini sebagai sebahagian usaha merealisasikan sasaran Perlis Bersih menjelang tahun depan. Inisiatif julung kali dilaksanakan pihak berkuasa tempatan itu bertujuan memudahkan penduduk melupuskan sisa domestik dengan lebih teratur selain mengelakkan tabiat membuang sampah di tepi jalan. Setakat ini, sebanyak 108 kampung melibatkan 14,288 kediaman telah menerima tong sampah berkenaan, manakala…