JOHOR BAHRU: MIC Johor mahu terus kekal dalam gabungan Barisan Nasional (BN) bagi berdepan pilihan raya akan datang di sebalik beberapa pihak mahu parti itu keluar dari gagasan politik itu. Pengerusi MIC Johor, K. Raven Kumar berkata, perkara itu merupakan hasrat bukan sahaja kepimpinan MIC Johor, tetapi juga akar umbi di pelbagai peringkat. “Kita di Johor (MIC Johor) masih lagi ambil keputusan kekal bersama BN, saya tidak tahu dekat luar…