Mekanik didenda RM20,000 pukul anjing hingga mati

Mekanik didenda RM20,000 pukul anjing hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki yang tular kerana memukul anjing peliharaan menggunakan sebatang besi sehingga cedera sebelum mati, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Majistret Anis Hanini Abdullah turut memerintahkan tertuduh, M. Thineshkumar, 23, dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga seorang mekanik itu didakwa dengan kejam memukul seekor haiwan jenis anjing dengan menggunakan sebatang besi sehingga mengalami kecederaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lebuh Kledang Utara, Taman Arkid dalam daerah Kinta antara pukul 10.30 malam pada 18 September 2025 hingga 9 pagi, 19 September 2025.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah agar hukuman ringan dikenakan atas alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menanggung ahli keluarga.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN