MCMC kenal pasti individu sebar berita palsu sekolah pondok ditutup

MCMC kenal pasti individu sebar berita palsu sekolah pondok ditutup

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti individu yang terlibat menularkan berita palsu kononnya Kerajaan Persekutuan mengarahkan penutupan sekolah pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihak MCMC akan mengambil tindakan terhadap individu yang didapati terbabit menyebarkan berita palsu itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Menteri Agama telah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut dan aduan juga telah dipanjangkan kepada pihak MCMC untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam menghasilkan dan menyebarkan berita palsu ini,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan kandungan berita palsu yang disebarkan menerusi media sosial.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya Kerajaan Persekutuan atau jabatan di bawahnya mengarahkan penutupan sekolah pondok tidak berdaftar.

Katanya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memberi sokongan penuh kepada institusi pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok, madrasah dan tahfiz sebagai antara tunjang pembangunan Malaysia Madani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN