Maut terbakar selepas kereta langgar pokok kelapa sawit 

Maut terbakar selepas kereta langgar pokok kelapa sawit 

DUA maut selepas kereta dinaiki rentung selepas terlibat kemalangan dalam kawasan kebun kepala sawit di Jalan Tanjung Balau, Kota Tinggi, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang lelaki dan wanita maut selepas kenderaan dinaiki hangus terbakar dalam kejadian kemalangan berlaku di kawasan kebun kepala sawit di Jalan Tanjung Balau di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Faizal Ahmad berkata, kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam kereta Toyota Vios tersebut selepas kereta dinaiki dipercayai melanggar pokok sebelum terbakar.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 4.48 pagi sebelum lapan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kereta tersebut terbabas dan melanggar sebatang pokok lalu terbakar. Terdapat dua mangsa dalam kereta tersebut.

“Seorang mangsa adalah lelaki dewasa berusia 21 tahun manakala seorang lagi wanita dewasa yang belum diketahui identitinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa terperangkap dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kebakaran tersebut.

Tambahnya, kereta berkenaan terbakar 93 peratus dan pihak bomba bertindak memadam kebakaran mengadakan pam air dari jentera bomba.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pukul 6.11 pagi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN