910 orang daripada 285 keluarga mangsa banjir di Kedah

910 orang daripada 285 keluarga mangsa banjir di Kedah

SEORANG penduduk yang berkerusi roda dipindahkan ke PPS ekoran banjir melanda Kampung Manggis di Kulim, Kedah. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 652 penduduk di Kulim dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir melanda kawasan diduduki mereka.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan mangsa banjir di Kedah setakat ini seramai 910 orang daripada 285 keluarga termasuk 52 orang di daerah Kuala Muda.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, peningkatan itu ekoran empat buah kampung lagi dilanda banjir iaitu Kampung Manggis; Kampung Baru; Kampung Sungai Karangan dan Kampung Kuala Benut.

“PPS Sekolah Menengah Agama (SMA) Insaniah Jangkang merekodkan jumlah teramai mangsa iaitu 423 penduduk daripada 118 keluarga diikuti 199 mangsa daripada 67 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pagar Museh.

“PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Min pula menempatkan 102 mangsa sementara 96 orang di PPS Surau Taman Sang Kancil; PPS Dewan Orang Ramai Sungai Karangan (22) dan PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok (16),” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, fenomena air pasang besar akibat ombak kuat di Tanjung Dawai, Sungai Petani kelmarin menyaksikan seramai 52 mangsa daripada 24 keluarga masih berada di PPS SJKC Choong Cheng.

Kejadian di Kampung Huma, Merbok itu melibatkan banyak rumah di tepi pantai terjejas setelah ombak membadai kediaman mereka setinggi dua meter.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN