KUALA LUMPUR: Rundingan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China bukan bertujuan untuk memihak kepada mana-mana kuasa besar, sebaliknya mencerminkan pendirian negara yang matang, seimbang dan berprinsip dalam diplomasi antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rundingan perdagangan tersebut perlu dilihat dalam konteks diplomasi terbuka, di mana Malaysia dan ASEAN kekal bebas berunding dengan semua pihak tanpa tunduk kepada tekanan mana-mana negara. “Perbincangan ini tidak menghalang hubungan kita…









