Mak Yah ditemukan selamat, dakwa tidur di hotel dan dijamu kari ayam

Mak Yah ditemukan selamat, dakwa tidur di hotel dan dijamu kari ayam

ZOIYAH Ismail ditemui di sebuah bangunan lama dalam kawasan kebun kelapa sawit di Chabau, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Warga emas yang hilang selepas keluar mencari sayur di kebun kelapa sawit di Chabau di sini semalam ditemui selamat kira-kira pukul 11 pagi tadi dan mendakwa dijamu makan kari ayam oleh pasangan lelaki dan wanita di sebuah bangunan tinggal.

Zoiyah Ismail, 73, atau lebih dikenali sebagai Mak Yah oleh penduduk kampung selepas dilihat muncul dari sebuah bangunan lama dalam kawasan kebun kelapa sawit berkenaan.

Menurut anaknya, Hanisah Saiman, 40, ibunya keluar mencari sayur petang semalam dan tersesat ketika cuba mencari parang yang tertinggal.

“Mak kata ada lelaki dan perempuan ajak dia berteduh, siap diberi makan kari ayam. Mereka juga suruh mak tidur di bangunan lama itu, dia kata macam hotel dalam kebun sawit. 

“Malah, mak kata dia nampak pasukan mencari dan menyelamat (SAR) suluh lampu malam tadi, tapi dia takut nak keluar kerana risau itu mungkin orang jahat,” katanya ketika ditemui.

Zoiyah dibawa ke Hospital Jasin untuk pemeriksaan lanjut dan kini menerima rawatan titisan intravena (IV drip).

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin, Penguasa Bomba Kanan II, Noorsyahlan Omar berkata, warga emas itu ditemui tidak jauh dari pusat kawalan operasi.UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN