PETALING JAYA: Kerajaan komited memastikan keperluan pendidikan menengah yang berteraskan nilai keagamaan dan akhlak mulia terus diberi perhatian seiring dengan pembangunan fizikal dan infrastruktur sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendidikan bukan hanya tertumpu kepada aspek akademik semata-mata, tetapi perlu menitikberatkan pembentukan sahsiah, nilai murni serta pendidikan yang membentuk keperibadian pelajar. “Iltizam memenuhi keperluan pendidikan menengah yang turut menawarkan iklim dini kepada pelajar terus diberi perhatian. “Selain pembangunan…