TUMPAT: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengarahkan operasi Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Kubang Batang di sini yang mempunyai kaitan dengan seorang mudir dikenali sebagai ‘Abuya’ ditutup berkuat kuasa hari ini. Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Mohd. Anis Hussein berkata, penutupan sementara itu mengikut Seksyen 133, Seksyen 135 Kaedah 37 Kaedah-Kaedah Pendaftaran dan Pengawalan Sekolah dan Institusi Pengajian Agama 1987. “Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati madrasah berkenaan…