Mahkamah halang bank tutup akaun syarikat perkapalan buat sementara waktu - Utusan Malaysia

Mahkamah halang bank tutup akaun syarikat perkapalan buat sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan perintah injunksi sementara bagi menghalang RHB Bank Berhad daripada menutup dua akaun milik sebuah syarikat perkapalan, sementara menunggu pendengaran penuh permohonan injunksi itu.

Peguam P Taneswaran yang mewakili Maritime Network Sdn Bhd berkata, perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Eddie Yeo Soon Chye selepas prosiding dijalankan di kamar hakim.

Permohonan itu difailkan pengarah syarikat berkenaan Datuk Seri R Jeyenderan Rabu lalu melalui firma guaman Tetuan Tanes, Khoo & Paulraj.

Pendengarannya dibuat hari ni selepas syarikat berkenaan memfailkan sijil keperluan segera semalam supaya kes itu didengar tanpa penangguhan.

Menurut Taneswaran, prosiding hari ini diadakan sebelah pihak sahaja kerana pihak bank belum lagi diserahkan dokumen saman.

“Mahkamah menetapkan 14 Nov depan untuk pengurusan kes,” katanya.

Menurut sijil keperluan segera bertarikh 16 Okt, Maritime Network telah membuka dua akaun dengan RHB sejak 23 September 2005, dimana satu akaun pelbagai mata wang dan satu akaun semasa.

Bagaimanapun, pada 6 Oktober lalu, syarikat itu menerima notis penamatan bertarikh 1 Okt yang memaklumkan bank berhasrat menutup kedua-dua akaun serta menamatkan semua perkhidmatan dalam tempoh 14 hari.

Bank didakwa berbuat demikian atas alasan berlaku pelanggaran dasar dan garis panduan dalaman.

Namun ia tidak menjelaskan dasar atau garis panduan mana yang dikatakan dilanggar.

Syarikat itu turut memaklumkan terdapat pertikaian berterusan antara kedua-dua pihak berkaitan akaun berkenaan, yang sebelum ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi melalui permohonan penemuan dokumen, tetapi ditolak pada 2 Julai.

Pada hari yang sama, Maritime Network memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan yang dijadual didengar pada 11 Disember.

Syarikat itu turut mendakwa tindakan bank menuduhnya melanggar dasar dalaman tanpa memberi penjelasan jelas menyebabkan syarikat berada dalam ketidaktentuan dan dinafikan peluang membela diri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN