KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Luna Maya, dalam perancangan untuk menimang cahaya mata pertama bersama pasangannya, Maxime Bouttier, tahun hadapan.
Jelas Luna atau Luna Maya Sugeng, 42, dia dan suami tidak mahu tergesa-gesa dan mahu mempersiapkan diri sebelum bergelar ibu dan bapa.
“Memang ada perancangan untuk mempunyai anak tahun hadapan.
“Jadi sekarang saya dan suami mahu luangkan masa bersama bercinta dahulu, lebih mengenali antata satu sama lain.
“Kalau sudah benar-benar mantap dan bersedia, baru kita masuk ke babak seterusnya,” katanya.
Luna ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Sukma, di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, tambah Luna lagi, dia dan suami masih mempunyai banyak pekerjaan di samping sedang berusaha mengukuhkan kewangan demi masa depan anak.
“Saya orangnya yang tersusun kerana tidak mahu memyesal di kemudian hari. Sekarang pekerjaan saya pun masih banyak. Jika sudah mahu mempunyai anak, barulah saya akan perlahankan kerjaya.
“Saya dan suami juga sedang menabung sebab nak ada sangat anak mahal. Saya mahu beri yang terbaik buat anak nanti.
“Jadi semuanya harus difikirkan masak-masak supaya anak merasakan dia dilahirkan oleh orang tua yang benar-benar menginginkan kehadirannya,” jelasnya.
Bercakap mengenai bilangan anak, dia dan suami hanya merancang mempunyai seorang anak namun tidak menolak sekiranya diberikan rezeki.
“Mahu seorang anak saja. Sudah banyak manusia di bumi ini. Tapi seorang anak yang berkualiti.
“Kalau mahu tambah, mungkin kamiakan ambil anak angkat kerana masih banyak bayi yang kurang beruntung di luar sana,” katanya.
“Tapi kalai diberi lebih dari satu, mengapa tidak? Itu rezeki, Alhamdulillah,” katanya yang berkahwin pada 7 Mei lalu.
Dalam perkembangan lain, Luna tampil membawakan karakter Arini menerusi filem seram terbaharu araham Baim Wong, Sukma.
Sukma mengisahkan tentang sebuah cermin kuno yang membawa pelbagai kejadian misteri kepada keluarga mereka.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 30 Oktober ini.










