PETALING JAYA: Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang – Sri Petaling mengalami gangguan teknikal di antara Stesen Hang Tuah dengan Pudu, hari ini.
Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) berkata, kerja baik pulih sedang dijalankan dan perkhidmatan tren alternatif diaktifkan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
“Perkhidmatan tren alternatif yang diaktifkan membabitkan tren dari Sentul Timur yang akan berpatah balik di Pudu, tren dari Putra Heights dan Ampang akan berpatah balik di Chan Sow Lin dan tren perantara dari Chan Sow Lin ke Pudu,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Akibat gangguan di waktu puncak itu, Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan dialami dan berterima kasih atas kesabaran penumpang.