Lotter AF4 meninggal dunia - Utusan Malaysia

Lotter AF4 meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan bekas pelajar rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Lotter meninggal dunia pada usia 43 tahun.

Lotter atau nama sebenarnya Lotter P. Edwin Edin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu kira-kira pukul 10.50 malam semalam.

Penyanyi yang berasal dari Membakut, Sabah itu dimasukkan ke hospital pagi semalam selepas mengalami sesak nafas.

Mendiang yang merupakan naib juara AF4 pernah bertugas sebagai penyampai radio Suria FM dan VOK FM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN